About Us

Hello!
Mencari bilik sewa memang mencabar. Kami telah laluinya semua. Dari zaman belajar di sekolah asrama, berkongsi dorm dengan kawan2, naik turun katil double decker sudah menjadi kebiasaan. Siapa kata teknik turun katil supaya tak bergegar itu bukan satu skill yang penting? You need to be silent yet quick like a ninja. Kalau asyik terjaga senior yang tidur di bawah, mau kena marah!
Melangkah pula ke alam university, masih lagi berkongsi bilik dengan coursemate. Mungkin ada yang tidak tinggal di asrama. Seronok dapat tinggal di luar, walaupun jenuh menapak ke kampus. Pernah merasa menyewa rumah teres dua tingkat dengan 10 kawan2 yang lain. We felt so grown up! Padahal tidur  hanya beralaskan tilam dan almari cuma almari plastik yang berzip tu.
Bila mula bekerja, pindah ke Kuala Lumpur. Mujurlah ada saudara mara yang sudah berhijrah. Dapatlah menumpang. The first 2 years of my working life, saya tinggal sebilik dengan kakak. Bilik kecil sahaja. Baju selalu hantar dobi and simpan dalam bag. Nak basuh di rumah, malas nak berebut ruang sidai baju. Selalu penuh! Kira bernasib baiklah dapat tinggal dengan kakak. Kalau dengar cerita member-member yang tinggal dengan kenalan yang tak rapat, boleh buat tah berapa episode drama minggu ini! Yang hilang barang, yang bergaduh, yang berkira belanja, yang tersalah pakai tuala...arrghh. Oh well, pengalaman mengajar erti kehidupan orang kata.
The joy of moving into our own home, memang tidak dapat nak dilupakan. Excited nak decorate? Tak sangat! Lebih excited nak ada privacy! Lebih excited dengan keselesaan tak perlu beramai-ramai serumah. Lebih excited tidak perlu risau kalau bangun lewat, nak berebut bilik air!
Yes, kami telah laluinya semua. Looking back at those years, kami rasa kami ingin membawa kelainan. Kami sedar cost of living in the city jauh lebih tinggi berbanding beberapa tahun dahulu. Berkongsi rumah atau bilik memang tidak dapat dielakkan. Namun, perlukah kita berbelanja besar untuk mendapatkan comfort, keselesaan?

Affordable and Comfortable, itu misi kami di CozyRoomz.
If you are looking for privacy, have a look at our single room. You will have all the space to yourself! If you don't mind sharing, bilik master dan medium adalah untuk berkongsi. 2 pax setiap bilik. All of our beds are single beds. We limit our units to only 5 pax maximum.  Tiada lagi masalah berebut bilik air! Oh, semua unit kami juga fully furnished. Tidak perlu risau untuk mencari budget untuk kelengkapan rumah.
Give us a call or WhatsApp :+60126479747 or email CozyRoomz99@gmail.com for viewing.

#PuriAiyu #AlamPrima #ShahAlam #22